budakbushukk

My photo
hye dan assalamualaikum ! saya anak anak MALAYSIA yang bernama NUR ADRIANA IZZATI. walaupun BAHASA MALAYSIA saya mendapat gred B pada exam lepas , tetapi saya tetap berbangga menjadi rakyat MALAYSIA dan bukan rakyat BANGLADESH ! kahkahkah =P

10 Perkara Mengenai Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu

ASSALAMUALAIKUM :)


hari ini saye tataw nk post ape . so , sy post je bende neh . actually , sy jumpe bnde kt google . that's mean it's kopi and pasta lah . hehehe . 


Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami. Persoalannya, apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?. Saya ingin berkongsi perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita untuk jejaka lebih memahami si dia.

1.   Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedangbersedih tetapi tidak menitiskan airmata itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

2.   Cerewet  :   Bukan bermaksud "fussy" tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal...ini boleh memburukkan lagi keadaan.

3.   Halus  :   Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran....bukan dendam.

4.   Ikhlas  :   Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

5.   Perasaan  :   Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan berasaskan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak ragu-ragu terhadapmu.

6.   Prihatin  :   Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

7.   Manja  :   Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya  kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

8.   Ego  :   Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka  dengan yang dicintai. Apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!.

9.   Cinta  :   Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya kali pertama dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Namun selepas gagang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu !.

10.  Seks  :   Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.



conclusion nye , lelaki perlu tahu lah perasaan para wanita ye , so , abang abang kacak diluar sana , jagalah perasaan makwe makwe awak ye . jgn sesakali lukakan hati diaorang . ini kerana , hati wanita sgt lembut dan mudah terluka .


p/s : jgn marah yee . hanya sekadar berkongsi . PEACENOWAR ;)